Seo Services

Rumah Teres Dua Tingkat Buat 'Hero' Paralimpik

Foto Harian Metro
KANGAR: Kerajaan negeri Perlis hari ini mengumumkan pemberian rumah teres dua tingkat dianggarkan lebih RM300,000 kepada dua juara Paralimpik Dunia Abdul Latif Romly dan Mohamad Ridzuan Puzi.

Menteri Besarnya Datuk Seri Azlan Man berkata, pemberian rumah itu bagi menghargai sumbangan besar mereka kepada negara selepas menjuarai kejohanan itu.

Menurutnya, kediaman itu akan diberikan dalam masa terdekat.

"Kawasannya belum dipastikan lagi tetapi ia mesti di dalam negeri Perlis untuk masa depan mereka dan keluarga.

"Harga rumah itu bergantung pasaran semasa dan tidak kurang RM300,000 selain akan menerima sumbangan wang tunai yang bakal disumbangkan sebuah syarikat yang melabur dengan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita pada sidang media sempena Sambutan Wira Perlis Sukan Paralimpik, Rio, Brazil Dataran Datuk Sheikh Ahmad, di sini, tadi.

“Terdahulu kedua-dua wira negara itu turut diarak menaiki bas bermula dari sempadan pintu gerbang Ulu Pauh dan melalui pekan Pauh sebelum singgah di Pasar raya Cmart, Arau dan meneruskan perarakan melalui Bulatan Jubli Emas dan terus ke Dataran Datuk Sheikh Ahmad.

Kira-kira 500 rakyat negeri ini menyambut ketibaan mereka yang tiba di dataran itu jam 5 petang tadi.-HM
Rumah Teres Dua Tingkat Buat 'Hero' Paralimpik Rumah Teres Dua Tingkat Buat 'Hero' Paralimpik Reviewed by Unknown on September 27, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.