Seo Services

Syabu RM65,000 Dirampas, Tiga Ditahan

Foto Harian Metro
KOTA KINABALU: Polis tahan tiga lelaki selepas disyaki memiliki syabu seberat 503.5 gram bernilai RM65,000 dalam serbuan di Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, malam tadi.

Dalam kejadian 7.30 malam, ketiga-tiga suspek lelaki yang berusia 33 hingga 38 tahun itu ditahan polis di tempat letak kenderaan Universiti Plaza.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, ketika kejadian, mereka dikatakan mahu melakukan urus niaga menjual dadah.

"Syabu yang bernilai RM65,000 dan semua tangkapan suspek sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di IPD Kota Kinabalu, di sini, hari ini.-HM
Syabu RM65,000 Dirampas, Tiga Ditahan Syabu RM65,000 Dirampas, Tiga Ditahan Reviewed by Unknown on September 27, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.