Seo Services

Terlibat Judi Haram, Polis Sarawak Tahan 28 Individu


KUCHING: Seramai 28 individu ditahan dalam serbuan di beberapa kawasan di seluruh negeri sejak Ops Dadu dijalankan bermula 19 September hingga semalam.

Operasi yang melibatkan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Sarawak dengan kerjasama beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) antaranya Kuching, Padawan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Miri dan Bintulu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar ketika dihubungi berkata, pihaknya menahan seramai 28 individu terlibat dalam pembelian loteri haram tanpa lesen dan judi atas talian di beberapa buah premis.

“ Kesemua individu yang ditahan berumur dalam lingkungan 16 hingga 60 tahun antaranya 20 adalah lelaki dan selebihnya wanita.” katanya


Dev juga menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dalam memastikan aktiviti judi terus berleluasa dan tindakan tegas akan diambil dalam membanteras aktiviti haram tersebut.

Turut dirampas wang tunai berjumlah RM7,861 berserta peralatan dan pelbagai jenis mesin perjudian.

Kesemua individu kini disisasat dibawah seksyen 4A(a) Akta rumah Judi Terbuka 1953.-Sarawakiana
 

                 
Terlibat Judi Haram, Polis Sarawak Tahan 28 Individu Terlibat Judi Haram, Polis Sarawak Tahan 28 Individu Reviewed by Unknown on September 26, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.