Seo Services

Tiga Termasuk Pelakon Ditahan Miliki Dadah Dan Senjata Api

Foto Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang pelakon kerana memiliki senjata api serta dadah dipercayai jenis ganja di sebuah rumah banglo di Ampang Ulu dekat sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 9 pagi itu, turut ditemukan dua pokok dipercayai ganja yang ditanam dalam pasu bunga dan diletakkan di belakang rumah.

Pemeriksaan lanjut di dalam rumah itu juga turut menemukan sepucuk pistol dan senapang angin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Muhamad Roy Suhaimi ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, pelakon berusia 28 tahun itu dikatakan datang ke banglo terbabit bersama-sama seorang lelaki warga Filipina untuk bertemu rakannya yang juga pemilik rumah tersebut.

“Namun ketika ditahan, kita dapati pelakon terbabit telah positif ganja dan kita tidak menolak kemungkinan, ganja yang ditanam pemilik rumah itu adalah untuk kegunaan sendiri.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui kegunaan senjata api yang ditemukan dalam rumah itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Tambah Muhamad Roy, satu sidang akhbar akan diadakan hari ini di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berhubung perkara itu.

Sehubungan itu, ketiga-tiga lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 6B Akta Dadah berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE

Tiga Termasuk Pelakon Ditahan Miliki Dadah Dan Senjata Api Tiga Termasuk Pelakon Ditahan Miliki Dadah Dan Senjata Api Reviewed by Unknown on September 26, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.