KUCHING: Sempena Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri pada 5 November nanti,
sebuah buku bertajuk ‘Sarawak Women In Education: Shaping The Mind, Body and
Spirit’ akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.
Tujuan buku tersebut diterbitkan adalah untuk mendokumentasikan sumbangan
wanita dalam membina negara bangsa khususnya dalam bidang pendidikan, sesuai
dengan tema sambutan Hari Wanita 2017, ‘Shaping Woman In Education: Shaping the
Mind, Body and Spirit.’
Berucap pada Majlis Penghargaan Personel Dalam Buku ‘Sarawak Women In Education:
Shaping The Mind, Body and Spirit’ Datuk Fatimah berkata, sumbangan guru wanita
di Sarawak adalah sangat besar.
“Dari 41,907 orang guru, 26,329 orang adalah guru wanita. Jumlah ini merangkumi
62.8 peratus daripada keseluruhan guru yang mengajar di sekolah rendah dan
menengah di seluruh Sarawak belum termasuk guru-guru dalam peringkat pendidikan
lain” tambah beliau dalam majlis yang berlangsung di Pusat Wanita di sini, hari
ini.
“Adalah wajar kita menerbitkan sebuah buku untuk menunjukkan dan mengingati
sumbangan guru wanita kita dengan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan
oleh jawatankuasa penerbitan buku
tersebut,” jelasnya.
Seramai 42 orang personaliti telah dipilih sebagai individu yang telah bersetuju untuk
ditemuramah dan dibukukan kisah dan cerita mereka dalam buku yang bakal
dilancarkan itu nanti. - Sarawakiana
Sumbangan Wanita Sarawak Membina Negara Bangsa Diiktiraf
Reviewed by Azmin
on
October 31, 2016
Rating:

No comments: