Seo Services

Aram Ngopi : Usahawan Kecil Di Bandar Harus Jadi Contoh


Minum kopi '0' panas kurang manis di RnR Jalan Astana awal pagi ini. Di sini akan melihat majoriti Melayu berniaga dan menjadi pelanggan kedai kopi.

Sebelum sampai ke kedai kopi RnR, sepanjang Jalan Astana menuju ke Dewan Undangan Negeri Sarawak kelihatan ramainya Melayu berniaga kecil-kecilan di pinggir jalan.

Inilah kelebihannya apabila semua infrastruktur lengkap di bandar dan penduduk Melayu mengambil kesempatan berniaga untuk menambah pendapatan ekonomi keluarga.

Penulis terfikir seandainya luar bandar dan kawasan pesisir mempunyai infrastrukur lengkap sebegini, adakah mampu Bumiputera melakukan sepertimana penduduk bandar merebut peluang dalam ekonomi ?

Merebut peluang berniaga secara kecil-kecilan dan mencapai dasar kerajaan untuk membina dan memperkasakan usahawan Bumiputera secara menyeluruh.

Memang diketahui masyarakat luar bandar dan pesisir lebih menumpukan dalam bidang perladangan dan perikanan, tetapi untuk mengukuhkan lagi sosio ekonomi, para wanita dan anak muda perlu mencari inisiatif lain. Dengan wujudnya inisiatif berniaga kecil-kecilan, penghijrahan anak muda ke bandar dapat tangani sebaik mungkin.

Hasil daripada mempergiatkan usahawan kecil luar bandar dan pesisir akan mampu merancakkan lagi aktiviti elonomi di kawasan berkenaan dan menjadi salah satu penyumbang KDNK domestik negara mahupun negeri.-Sarawakiana
Aram Ngopi : Usahawan Kecil Di Bandar Harus Jadi Contoh Aram Ngopi : Usahawan Kecil Di Bandar Harus Jadi Contoh Reviewed by Unknown on November 30, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.