Seo Services

KPM Nafi Buat Kajian Cadangan Mansuh UPSR


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menafikan sedang melaksanakan kajian cadangan berhubung pemansuhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti yang disebarkan di laman sosial.

Penafian itu dilakukan oleh Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, menerusi laman Facebook beliau hari ini.

"Saya menafikan bahawa kajian ini diadakan oleh mana-mana bahagian di kementerian atau Pejabat Menteri Pendidikan. Harap maklum," katanya.

Kajian 'RESPON - CADANGAN MANSUH UPSR', yang meminta orang ramai memberi kerjasama secara dalam talian melalui capaian https://goo.gl/forms/hmLeLqbFzojVR22 mula menjadi viral sejak semalam.

Antara lain, tarikh akhir kajian itu pada 1 Disember jam 12 tengah hari. - BH
KPM Nafi Buat Kajian Cadangan Mansuh UPSR KPM Nafi Buat Kajian Cadangan Mansuh UPSR Reviewed by Unknown on November 30, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.