Seo Services

#DUNSarawak : Peningkatan Pelaburan Bantu Capai Status Negeri Maju 2030


KUCHING: Kerajaan Sarawak menyasarkan peningkatkan pelaburan dalam sektor perindustrian bagi menggerakkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negeri untuk mencapai status negeri maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2030.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Permodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar Datuk Amar Douhlas Uggah Embas dalam ucapan penggulungan di Dewan Undangan Negeri hari ini berkata, Kerajaan Negeri juga berusaha meningkatkan penyertaan dalam industri minyak dan gas.

"Dengan teknologi terkini, kerajaan membayangkan industri petrokimia akan memberi peluang pekerjaan kepada anak Sarawak yang akan memperolehi pendapatan yang tinggi dan memastikan bekalan minyak dan gas cukup.

"Di sebalik penyertaan dalam industri hiliran, kerajaan akan terus memperkembangkan peningkatan aktiviti industri huluan dan terus mendapat kerjasama daripada pihak PETRONAS," katanya.

Menurut Uggah, dengan peningkatan penyertaan industri pembuatan seperti aluminium, ferroalloys, penghabluran silikon di Taman Industri Samalaju telah menjadi sumber peningkatan kepada pembangunan kluster dalam industri tersebut.

"Untuk mengoptimamkan hasil daripada industri tersebut, Kluster Industri Keci dan Sederhana dan industri sokongan akan dibangunkan.

"Intensif ini juga akan disediakan untuk industri-industri bukan berasaskan sumber akan mampu pergi lebih jauh lagi," ujarnya.
-Sarawakiana
#DUNSarawak : Peningkatan Pelaburan Bantu Capai Status Negeri Maju 2030 #DUNSarawak : Peningkatan Pelaburan Bantu Capai Status Negeri Maju 2030 Reviewed by Unknown on November 30, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.