Cafe Mid and Feed lokasi minum kopi 'O' panas kurang gula sebagai pelengkap masa lepak dalam cuaca yang tidak menentu.
Glamour, glamour dan glamour topik perbualan hangat netizen yang menjamu selera. Politik bukan dunia artis yang perlukan glamor sebagai pakej lengkap untuk dikenali ramai.
Begitulah suara netizen yang memerhati perjalanan politik Malaysia dan Sarawak khususnya pada hari ini. Ini kerana setiap isu yang dibangkitkan akan dijadikan modal untuk menjadi popular oleh ahli politik.
Lihat sahaja isu Rang Undang-Undang 355 (RUU355), ada sahaja ahli politik termasuk pemimpin Barisan Nasional yang beriya-iya untuk menjadi hero dalam hal tersebut walaupun mereka bukan dikalangan orang Islam. Sedangkan yang Islam terus bertindak 'low profile' demi menjaga sensitiviti penganut agama lain.
Malah ada yang membuat kenyataan seperti untuk menjadi 'penasihat' kepada penganut agama Islam sedangkan mereka beragama lain. Inilah kesannya jika mudah mempercayai persepsi pembangkang yang sering membangkitkan isu hukum Hudud.
Ada benar juga pandangan daripada netizen bahawa soal agama tidak sepatutnya dijadikan modal politik dan diperkatakan secara umum. Ramai netizen tidak bersetuju pemimpin yang bukan agama Islam masuk campur dalam urusan agama Islam kerana orang Islam tidak mencampuri urusan agama lain.
Oleh itu, politik bukanlah pentas untuk mencari glamor kerana ahli politik hakikatnya adalah pilihan rakyat, maka sudah seharusnya memfokuskan agenda pembangunan rakyat daripada mempersoalkan isu agama yang memang diketahui sensitif dan merbahaya jika dijadikan modal populis.-Sarawakiana
Aram Ngupi: Politik Bukan Pentas Mencari Glamor
Reviewed by Unknown
on
November 29, 2016
Rating:
No comments: