AFRIKA SELATAN: Afrika bakal melancarkan satelit persendiriannya yang pertama hasil reka cipta dua orang pelajar, Brittany Bull dan Sesam Mngqengqiswa.
Laporan Outerplaces.com mengatakan Bull dan Mngqengqiswa adalah sebahagian dari pasukan pelajar sekolah menengah yang mencipta satelit untuk mengorbit kutub Bumi dan mengimbas permukaan bumi Afrika.
"Pergi ke angkasa lepas dan melihat atmosfera bumi bukanlah sesuatu yang mudah dicapai oleh pelajar kulit hitam Afrika. Saya mahu melihat sendiri (angkasa lepas dan atmosfera), saya mahu mengalaminya," kata Mngqengqiswa kepada CNN.
Pasukan pelajar sekolah menengah berkenaan diselia oleh beberapa jurutera satelit dari Cape Peninsula University of Technology sebagai sebahagian dari program untuk menggalakkan golongan wanita menceburi bidang tersebut.
Untuk percubaan, pasukan berkenaan mengatur cara (programming) dan melancarkan satelit kecil menggunakan belon cuaca beraltitud tingggi.
Satelit kecil tersebut kemudian berjaya mengumpul maklumat 'thermal imaging' yang mampu memberikan amaran awal banjir dan amaran kemarau.- SH
Dua pelajar Afrika Cipta Satelit Persendirian
Reviewed by uMieySurianie
on
November 29, 2016
Rating:
No comments: