Seo Services

Lans Koperal Rogol, Seks Luar Tabii Pelajar Kolej Dijel 35 Tahun


PETALING JAYA - Seorang bekas anggota polis berpangkat Lans Koperal dijatuhkan hukuman penjara 35 tahun dengan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas tiga pertuduhan merogol, melakukan seks luar tabii dan mengugut seorang gadis.

Gadis itu ketika kejadian merupakan seorang pelajar kolej berusia 18 tahun.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Fazril Fauzi, 31, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan melangkaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan tersebut.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua tertuduh didakwa merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang gadis yang ketika itu berusia 18 tahun 11 bulan dengan menggunakan kedudukan kuasanya sebagai anggota polis.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di dalam tandas lelaki Level 1B, Dataran Sunway, Jalan PJU 5/13, di sini, antara pukul 1 pagi hingga 1.45 pagi, pada 27 Januari 2015.

Bagi kesalahan merogol, dia didakwa masing-masing mengikut Seksyen 376 (2)(f) Kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh disebat manakala bagi kesalahan seks luar tabii, dia didakwa di bawah Seksyen 377B kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat. - K! ONLINE

Lans Koperal Rogol, Seks Luar Tabii Pelajar Kolej Dijel 35 Tahun Lans Koperal Rogol, Seks Luar Tabii Pelajar Kolej Dijel 35 Tahun   Reviewed by Unknown on November 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.