Seo Services

10 Badan Kebajikan Terima Sumbangan Krismas

KUCHING: Sebanyak 10 badan kebajikan seluruh Sarawak menerima sumbangan berjumlah RM10,000 dari Tabung Yayasan – Naim.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menyampaikan sumbangan tersebut pada Majlis Pra Krismas dan Penyampaian Derma kepada Badan-Badan Kebajikan di sini hari ini.

Sepuluh badan kebajikan berkenaan terdiri daripada Persatuan Ibu Bapa Kanak-Kanak Istimewa (PIBAKAT), Pusat Aktiviti Warga Emas Kuching dan Samarahan (PAWE), Sarawak Heart Foundation, Kidney Association of Sarawak, Sarawak Soceity fot the Blind, Sarawak Children’s Cancer Soceity, Persatuan Kebajikan Harapan Kuching, Malaysian AIDS Foundation, SABATI dan The Carnation Club.

Sementara itu, seramai 52 orang dari The Salvation Army turut menerima sumbangan yang disampaikan isteri Ketua Menteri Datuk Amar Hajah Jamilah Anu.

Turut menerima sumbangan ialah wargakerja Yayasan Sarawak yang menyambut perayaan Krismas.

Pada majlis tersebut Adenan menyaksikan Majlis Menandatangani MOU antara Petronesa Trading Sdn. Bhd. Dan Petron Oil (M) Sdn. Bhd. - Sarawakiana

10 Badan Kebajikan Terima Sumbangan Krismas 10 Badan Kebajikan Terima Sumbangan Krismas Reviewed by Azmin on December 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.