Seo Services

TMJ Boleh Menang Presiden FAM Tanpa Bertanding

Image result for tengku mahkota johor
PETALING JAYA: Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dilihat mampu menang jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tanpa bertanding sekiranya baginda masih berhasrat untuk menerajui badan induk bola sepak negara itu.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusof Mahadi, yakin Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu adalah calon yang paling layak untuk mengambil alih kerusi panas itu, apabila pemilihan diadakan pada Kongres FAM ke-51 Mac depan, berdasarkan rekod kejayaan dicapai JDT. 

Beliau berkata, semua 16 ahli gabungan FAM yang hadir pada pertemuan kedua dengan TMJ di Melaka minggu lalu, menyatakan sokongan penuh untuk TMJ menerajui FAM, selepas Presidennya Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah membuat keputusan untuk mengundurkan diri. 

"Namun, TMJ masih tetap dengan pendirian untuk tidak bertanding dan apabila mahu meletakkan calon lain, iaitu bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Aseh Che Mat, ada ahli gabungan yang kurang bersetuju. 

"Pertemuan itu diusahakan oleh MUSA untuk mendengar hala tuju atau 'blueprint' yang akan dilaksanakan oleh TMJ sekiranya diberi peluang untuk menerajui FAM. Saya berasa kalau TMJ bertanding semua negeri sokong, tetapi jika meletakkan Aseh, pertandingan sukar dielakkan.

"Bagaimanapun, Melaka tetap menyokong cadangan itu kerana mahu TMJ terus kekal dalam FAM. Saya berpendapat bahawa ada juga negeri-negeri lain yang sokong Aseh, tetapi belum menzahirkannya," katanya kepada pemberita selepas majlis pengundian pusingan kelayakan Liga Futsal Kebangsaan (LFK) di Wisma FAM di sini, hari ini. 

Mohd Yusof yang masih mengharapkan TMJ akan mengubah keputusannya itu, berkata menjadi satu kerugian sekiranya TMJ tidak mahu terlibat dalam FAM. 

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa sebelum ini tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana tidak mahu FAM ditadbir secara proksi. 

Untuk rekod, pada pemilihan dalam Kongres FAM ke-50 pada Mei 2014, TMJ gagal memenangi jawatan presiden apabila hanya meraih 12 undi, berbanding Tengku Abdullah yang meraih 27 undi pada pusingan kedua undian. - BERNAMA
TMJ Boleh Menang Presiden FAM Tanpa Bertanding TMJ Boleh Menang Presiden FAM Tanpa Bertanding Reviewed by Azmin on December 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.