Seo Services

Syor Ubah Format Slip Keputusan PT3

Image result for datuk seri mahdzir khalid
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan mencadangkan format muka hadapan slip keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) diubah dengan turut memaparkan keputusan psikometrik, kokurikum dan sukan, selain akademik. 

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata perubahan format slip itu dilihat perlu kerana sistem pentaksiran berasaskan sekolah yang dipakai ketika ini adalah berbentuk menyeluruh dan tidak hanya berdasarkan keputusan akademik semata-mata. 

"Saya mencadangkan slip keputusan PT3 turut mengambil kira sekali semua komponen iaitu akademik, psikometrik, kurikulum dan sukan diletak pada muka depan slip. 

"Ini kerana wujud masalah dalam masyarakat kita terutama ibu bapa yang hanya mahu lihat berapa banyak A untuk keputusan akademik saja, sehingga perkara ini jadi budaya dan perbandingan. 

"Justeru, saya fikir perlu ada pelan komunikasi kepada masyarakat, supaya mereka faham bahawa PT3 adalah penilaian secara menyeluruh," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani nota kerjasama Perkhidmatan Pusat Data Sektor Awam (PSDA) antara Kementerian Pendidikan dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di sini, hari ini. - BH
Syor Ubah Format Slip Keputusan PT3 Syor Ubah Format Slip Keputusan PT3 Reviewed by Azmin on December 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.