Seo Services

Najib Ucap Simpati Berhubung Serangan Di Berlin

Image result for Najib Razak sad
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan simpati beliau kepada mereka yang menjadi mangsa dalam serangan di Berlin, Jerman.

"Simpati yang amat mendalam kepada mereka yang menjadi mangsa dalam serangan di Berlin. Kehilangan nyawa yang amat mengejutkan ini berlaku pada masa yang sepatutnya merupakan waktu untuk menyambut perayaan," kata Perdana Menteri dalam catatan melalui akaun Twitter beliau hari ini.

Najib berkata Kedutaan Malaysia di Berlin dan Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt akan memberikan maklumat terkini tentang kejadian itu kepada masyarakat Malaysia di sana dari semasa ake semasa.

Kementerian Luar, dalam kenyataan awal hari ini, berkata tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam kejadian di Berlin itu semalam apabila sebuah trak merempuh sebuah pasar Krismas dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh serta kira-kira 50 lagi cedera.

Kejadian berlaku pada kira-kira 8 malam semalam (3 pagi ini di Malaysia) di Breitscheidplatz Square dekat Kurfuerstendamm Avenue di barat Berlin, kata kenyataan itu.

"Seorang suspek dipercayai pemandu trak berkenaan ditangkap tidak jauh dari tempat kejadian," katanya.

-- BERNAMA
Najib Ucap Simpati Berhubung Serangan Di Berlin Najib Ucap Simpati Berhubung Serangan Di Berlin Reviewed by Azmin on December 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.