Seo Services

Malaysia Masih Selamat Di Sebalik Siri Serangan Di Dunia - PM Najib

Image result for Najib Razak

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia masih selamat di sebalik siri serangan di beberapa bandaraya di dunia.

Perdana menteri memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa pasukan keselamatan negara, khususnya polis dan angkatan tentera, "bersiap siaga sepenuhnya".

Dalam catatan di Twitter beliau hari ini, katanya "serangan mengejutkan" terhadap umat Islam di sebuah masjid di Zurich merupakan "satu peringatan bahawa keganasan tidak membezakan kaum dan agama".

Serangan terhadap pusat Islam di bandaraya di Switzerland itu pada Isnin, oleh penyerang tidak dikenali, mengakibatkan tiga orang cedera, dua daripadanya parah.

Dalam satu lagi catatan, Najib mengutuk "sekeras-kerasnya" pembunuhan Duta Rusia Andrey Karlov di Ankara, Turki, semalam.

Terdahulu, Najib merakamkan ucapan simpati beliau kepada keluarga 12 orang yang terbunuh dan 48 lagi yang cedera dalam serangan di Berlin, Jerman pada Isnin.

"Simpati yang amat mendalam kepada mereka yang terjejas dan menjadi mangsa dalam serangan di Berlin. Kehilangan nyawa yang amat mengejutkan ini berlaku pada masa yang sepatutnya merupakan waktu untuk menyambut perayaan," katanya.

-- BERNAMA
Malaysia Masih Selamat Di Sebalik Siri Serangan Di Dunia - PM Najib Malaysia Masih Selamat Di Sebalik Siri Serangan Di Dunia - PM Najib Reviewed by Azmin on December 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.