Seo Services

3 Cedera Lelaki Bersenjata Serang Surau Di Zurich


LONDON: Sekurang-kurangnya tiga cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan secara rambang di sebuah surau di Zurich, pada petang Ahad, kata polis hari ini.

Penyerang masuk ke surau di kejiranan Aussersihl yang terletak di selatan stesen kereta api utama kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan.

Beberapa orang sedang solat dan penyerang melepaskan tembakan, mencederakan tiga lelaki berusia 30, 35 dan 56 sebelum melarikan diri.

Menurut polis, ketiga-tiga mangsa dibawa ke hospital. Dua daripada mangsa parah manakala seorang lagi cedera ringan.

Polis mengesahkan penyerang dianggarkan berusia 30-an dan memakai pakaian gelap dan topi hitam.

Jurucakap polis, Judith Hodl, berkata setakat ini, belum ada maklumat lanjut berhubung mangsa dan penyerang terbabit.

Beliau meminta saksi yang berada di tempat kejadian tampil untuk membantu siasatan. - Agensi
3 Cedera Lelaki Bersenjata Serang Surau Di Zurich 3 Cedera Lelaki Bersenjata Serang Surau Di Zurich  Reviewed by Unknown on December 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.