Seo Services

JKDM Sarawak Nafi Wujud Tabung Derma Untuk PKB



KUCHING - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak menafikan dakwaan kononnya mereka mewujudkan satu tabung khas mengutip derma untuk Persatuan Keluarga Bekas (PKB) Kastam Diraja Malaysia Sarawak dan Sabah.

Menurut jurucakapnya, sejak kebelakangan ini, pihaknya kerap menerima aduan daripada orang awam berhubung perkara berkenaan.

"Pihak kami tiada kaitan dengan persatuan tersebut kerana persatuan itu tidak berdaftar atas nama JKDM.

"Segala kutipan derma yang menggunakan "letterhead" jabatan kepada persatuan itu adalah palsu dan tidak benar," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, orang ramai atau pihak yang menerima surat tersebut diminta menghubungi JKDM untuk tindakan selanjutnya. - K ONLINE


JKDM Sarawak Nafi Wujud Tabung Derma Untuk PKB JKDM Sarawak Nafi Wujud Tabung Derma Untuk PKB   Reviewed by Unknown on December 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.