MELAKA: Pemandu jentolak ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu jentera berat itu sebelum disahkan meningggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Krubong Jaya, di sini, petang semalam.
Kejadian kira-kira 5.30 petang itu disedari oleh orang awam yang melalui lokasi kejadian apabila mendapati lelaki berusia 54 tahun terbabit terbaring kaku di tempat duduk pemandu.
Difahamkan, kira-kira dua jam sebelum kejadian lelaki terbabit dikatakan memberhentikan jentolaknya di bahu jalan.
Sumber berkata, orang awam yang hairan melihat keadaan lelaki berkenaan yang disangkakan sedang tidur menghampiri dan memanggilnya bagaimanapun dia tidak memberi sebarang tindak balas.
"Melihat keadaan itu, pasukan perubatan dipanggil sebelum dia disahkan sudah meninggal," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Mohd Kamal Zainal ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian.
Katanya, mayat mangsa sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka dan proses bedah siasat akan dijalankan pagi ini bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.-myMetro
Ajal Di Atas Jentolak
Reviewed by Unknown
on
December 16, 2016
Rating:
No comments: