Seo Services

Aram Ngupi : Boleh Cuba Jika Mahu Hilang Hak



Awal pagi penulis menerima panggilan telefon daripada sahabat Iban yang lama sudah tidak berjumpa. Khabarnya beliau baru balik dari Singapura yang hampir 17 tahun mencari rezeki di sana.

D' Dayak Cafe menjadi lokasi bersarapan sambil menikmati kepekatan kopi 'O' panas kurang manis. Segar terasa sambil berbicara bersama rakan yang lama tidak jumpa.

Sambil membelek telefon pintar rakan memulakan perbualan. Secara spontan menggeleng kepala melihat komen dalam Facebook yang negatif tentang isu penurunan kuasa dan sebagainya.

"Apa nak jadi masyarakat Sarawak sekarang bro," katanya.

Beliau meneruskan perbualan yang beliau tidak bersetuju dengan komen-komen tersebut yang kebanyakannya tidak berpuas hati tentang tindakan Adenan dalam bab penurunan kuasa serta mengambil keputusan menolak kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) PRU kelak.

Beliau menambah, Adenan dan Najib bertindak dengan cara betul supaya keputusan penurunan kuasa tersebut dilakukan dengan teliti dan hanya melalui perbincangan mampu menjayakan agenda. Semuanya dilakukan dengan berhati-hati agar hak Bumiputera akan dijaga selama-lamanya.

Menurutnya, jika dilakukan secara terburu-buru pasti akan berlaku kesilapan yang akhirnya pembangkang mudah memanipulasi dan memutar belit setiap keputusan yang mempunyai kelemahan.

Beliau menjelaskan, beliau bercakap melalui pengalaman bekerja di Singapura bagaimana Melayu dan Bumiputera di Singapura berada pada kelas kedua. Hak bersuara kurang diambil perhatian oleh pihak pemerintah.

Ini yang merisaukan beliau jika Sarawak sudah berada ditangan pihak yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh tanah NCR dimana kerajaan hari ini masih berusaha mempertahankan hak pemilik NCR.

Undang-undang dan akta boleh digubal bila-bila masa jika pihak tidak bertanggunjawab menjadi pemerintah negeri. Jangan nak uji tukar pemerintah pada PRU14 nanti.

"Boleh cuba ubah pemerintah jika mahu hilang hak, buruk padahnya" katanya.-Sarawakiana
Aram Ngupi : Boleh Cuba Jika Mahu Hilang Hak Aram Ngupi : Boleh Cuba Jika Mahu Hilang Hak Reviewed by Unknown on December 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.