Seo Services

Makanan Wangi, Selera Bertambah



Sesiapa yang pernah melalui era 80'an sudah pasti merasai kehidupan makan makanan yang dimasak menggunakan dapur kayu. Era tersebut adalah era pengakhiran penggunaan dapur kayu sepenuhnya. Selepas itu dapur gas mengambil alih peranan dapur kayu.

Pengalaman menggunakan dapur kayu menyimpan memori yang tidak dapat dilupakan. Pada masa itu rutin harian adalah memasuki hutan mencari kayu api dan memikul bebanan kayu yang melebihi lima puluh kilogram.

Setiap hari rutin mencari kayu api dilakukan kerana jika tidak, dapur tidak akan berasap. Selepas itu kayu pula dipotong dan dibelah menjadi bilah yang kecil. Setelah kerja memotong selesai, bilah kayu tersebut akan disusun seperti menara untuk proses menjemur. Selagi kayu tidak kering, ia tidak boleh diguna untuk memasak.

Apa yang istimewa tentang dapur kayu ialah, jangan harap periuk dan kuali seperti asal, kehitamanlah jawapannya. Tetapi walaupun hitam, masakan dalam periuk atau kuali tetap menjadi yang terbaik kerana masakan begitu wangi dan sedap bila dimakan.

Jika makan nasi goreng tanpa bahan perencah dan hanya ditambah garam, dimakan bersama kasam ikan yang digoreng diperah limau kasturi dan digaul sedikit cili, pasti mengangkat selera sehingga bertambah-tambah nasi. Itu adalah menu wajib ketika disawah padi yang masakannya dimasak dengan dapur kayu.-Sarawakiana
Makanan Wangi, Selera Bertambah Makanan Wangi, Selera Bertambah Reviewed by Unknown on December 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.