Seo Services

Gempa 6.5 Magnitud Gegarkan Utara Australia


SYDNEY: Gempa bumi kuat 6.5 magnitud menggegarkan utara Australia dan beberapa bahagian di Indonesia pada Rabu dengan penduduk di Darwin melaporkan kesan bergoyang kuat, tetapi tiada laporan kerosakan setakat ini.

Gegaran melanda luar pesisir timur Indonesia, kata pakar gempa bumi Amerika Syarikat tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

"Televisyen hampir terjatuh dari kabinet, rumah dua tingkat bergoyang," kata penduduk Rosie McCurrah di laman Facebook Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).

Seorang lagi berkata: "Pusat Mitchell seolah-olah hampir tumbang," manakala Gaylene Whenmouth menulis: "Berada di tingkat tujuh di bandar raya. Bergoncang dan bergolek!"

Gempa bumi bawah laut itu melanda kira-kira 278 kilometer ke timur timur laut Dili di Timor Leste pada kedalaman 158 kilometer, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Berita Northern Terrotiry melaporkan, gegaran dirasakan di seluruh Darwin dan kawasan sekitarnya.


"Kami berada di tingkat tiga dan dapat rasakan gegaran," kata pegawai ramalan cuaca kanan Biro Kaji Cuaca Darwin, Chris Kent, yang berkata gempa bumi berlanjutan beberapa minit.

Agensi bencana Indonesia berkata, penduduk di gugusan kepulauan Moluccas juga berasakan gegaran tetapi tiada laporan kerosakan atau kematian diterima.- AFP
Gempa 6.5 Magnitud Gegarkan Utara Australia Gempa 6.5 Magnitud Gegarkan Utara Australia   Reviewed by Unknown on December 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.