Seo Services

Aram Ngupi : Lesen Kontraktor 'Alibaba' Sudah Lama Berlaku



Sekali lagi penulis dihubungi oleh rakan Iban semalam yang sekali lagi mahu berjumpa. Kali ini beliau memilih Kafe Ayah di Batu Kawa sebagai lokasi bersarapan.

Ayat pertama yang muncul dari mulut beliau ialah 'Aram Ngupi' bila penulis tiba di lokasi dijanji. Kopi 'O' panas kurang manis sudah jadi satu kewajipan pembuka sarapan. Kali kedua berjumpa berlainan isu dibualkan.

Beliau mula berkata tidak akan balik Singapura kerana beliau memiliki lesen kontraktor yang tidak pernah gunakan. Selama ini lesen tersebut telah di Ali Baba dan beliau sudah mendapat kembali lesen tersebut.

Timbulnya minat beliau untuk mengurus sendiri ialah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengagih sendiri projek pembangunan dan diagih secara adil kepada kontraktor-kontraktor kecil terutama Bumiputera.

Beliau ingi menyahut cabaran Najib yang mahu memperkasakan Bumiputera khususnya dalam bidang kontraktor. Beliau mahu bekerja keras kali ini memandangkan peluang mendapat projek pembangunan kerajaan adalah tinggi.

Beliau turut meminta penulis berdoa untuk kejayaannya yang akan datang

Apa yang menariknya ialah janji beliau akan membantu bangsanya untuk sama berjaya jika beliau sudah mencapai kejayaan membanggakan dan akan terus menyokong dasar kerajaan yang lebih memberi peluang kepada Bumiputera untuk terus maju ke hadapan.-Sarawakiana
Aram Ngupi : Lesen Kontraktor 'Alibaba' Sudah Lama Berlaku Aram Ngupi : Lesen Kontraktor 'Alibaba' Sudah Lama Berlaku Reviewed by Unknown on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.