Seo Services

Matinya Duta Rusia Di Turki: Itu Harga Untuk Aleppo

Aleppo
SEPERTI Amerika Syarikat yang kini dihantui tindak balas keganasan, Rusia turut melengkapkan tekanan yang dialami negara kuasa besar yang obses dengan misi mengawal politik dunia.

Rusia merintih sedih dengan kematian Duta Besar di Turki, Andrei Karlov. Kremlin menyifatkan, pembunuhan tersebut sebagai tindakan ganas yang sengaja mahu memusnahkan hubungan diplomatik antara Moscow dan Ankara.

Karlov mati ditembak bertubi-tubi oleh Mevlut Mert Aydintas, 22 tahun di Ankara pada 20 Disember lalu. Pembunuhnya, dipercayai anggota polis Turki, selepas menembak mati Karlov, melaungkan peringatan mengenai kejadian di Aleppo.

Siapa saja akan sedar bahawa aksi pembunuhan itu berlaku secara logiknya adalah pembalasan refleksi sebagai tanda protes terhadap peranan jahat Rusia dalam operasi pengeboman udara di Aleppo pada 13 Disember lalu.

Rusia sejak 2012, secara terbuka memberikan bantuan ketenteraan pada Presiden Bashar Al-Assad dalam perang saudara yang telah mengorbankan lebih 31 ribu nyawa penduduk Syria.

Sekali pun dunia mengutuk pembunuhan itu, namun analisis punca kejadian tersebut mudah difahami: Pembunuh marah dengan sikap jahat Rusia di Aleppo dan ia perlu dibalas dengan tindakan keganasan bersifat jenayah.

Secara diplomatik, pembunuhan itu dianggap jenayah keganasan. Namun, secara psikologi ia jelas berpunca oleh dorongan membalas dendam.

50 ribu penduduk Aleppo berdepan penderitaan sejak Rusia mengulangi perbuatan mengebom wilayah umat Islam sejak Moscow memilih menyokong rejim Bashar Al-Assad.

Malah, ia pasti bukan kejadian pertama dan terakhir. Perbuatan kejam Moscow pasti ada harga yang perlu dibayar. Hari ini, nyawa setiap individu berkait dengan kewarganegaraan Rusia pasti jadi buruan.

Rasa marah yang gagal dikawal, pasti mendorong perlakuan balasnya. Cuma tahapnya mengikut suhu dan peluang pembalasan yang diperolehi.

Demonstrasi awam, memo bantahan dan kritikan diplomatik antara harga stereotaip yang bakal dihadapi Moscow. Namun, dalam era keganasan tanpa had, sudah pasti idea ganas untuk membunuh warga Rusia menjadi idea asas kepada ekstrimis yang berdendam dengan kejahatan Moscow.

Kremlin boleh mengutuk perbuatan tersebut. Tetapi bukahkah ia tindak balas yang sudah dijangka?

Pasti wujud kemarahan apabila 50 penduduk Aleppo menjadi korban setiap hari akibat perbuatan Rusia dan rejim Bashar di Aleppo sejak 13 Disember lalu.

Angka krisis kemanusiaan pula melebihi 50 ribu orang.

Percayalah! Perbuatan Rusia di Aleppo kini hanya menjadikan warga dan asetnya di seluruh dunia sebagai spot panas.

Moscow tidak perlu berpura-pura sedih atau marah. Anda telah mencipta segala bencana, dan kini perlu membayar harganya. – mynewshub.cc
Matinya Duta Rusia Di Turki: Itu Harga Untuk Aleppo Matinya Duta Rusia Di Turki: Itu Harga Untuk Aleppo Reviewed by Azmin on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.