KUCHING: Selepas mengekalkan Teah Dennis dan mengikat pemain import dari Filipina, Mark Andrew Hartman, Sarawak dikhabarkan bakal menandatangani pemain tengah dari Korea Selatan, Lee Jung-Ho bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2017.
Memetik laporan sarawakcrocs.com, khabar tidak rasmi dari Stadium Negeri memaklumkan Jung-Ho bakal menjadi pemain tengah terbaharu pasukan Sarawak.
Sekiranya Jung-Ho ditandatangani, jumlah 'awang import' Sarawak bagi musim depan boleh dikatakan 'lebih kurang' lengkap.
Jong-Ho mempunyai peluang cerah untuk dipilih berikutan kenyataan ketua jurulatih Sarawak, David Usop sebelum ini pasukannya memerlukan pemain tengah import.
Bagaimanapun penyenaraian Jung-Ho masih belum rasmi kerana pemain tersebut perlu menjali pemeriksaan perubatan terlebih dahulu.-Sarawakiana
Aura 'K-Pop' Di Stadium Negeri Musim Depan
Reviewed by Unknown
on
December 06, 2016
Rating:
No comments: