SEORANG pemandu bas di China menjadi perhatian netizen negara itu kerana kemurnian hatinya membantu seorang warga emas yang hendak keluar dari kenderaan awam dipandunya.
Kejadian yang berlaku di Guangzhou itu berjaya dirakam oleh CCTV yang terdapat di dalam pengangkutan awam tersebut.
Menurut sebuah portal, Zhang yang memandu bas bernombor 429 sekitar jam 1.30 tengah hari dan penumpang warga emas berusia lingkungan 70 tahun itu menaiki bas dipandunya ketika berhenti di sebuah stesen di daerah Baiyun.
Kemudian warga emas itu dilihat perlahan-lahan berjalan ke arahnya dan memberitahu bahawa dia mahu turun di stesen pengangkutan Luochongwei.
Apbila tiba di destinasi, Zhang memberhentikan pemanduannya dan melihat menerusi cermin belakang mendapati warga emas dalam keadaan kakinya terketar-ketar cuba menuruni bas itu.
Zhang tanpa berlengah bangkit dari kerusinya dan menuju ke arah warga emas itu serta menghulurkan tangannya sebagai tempat bergantung sebelum merangkul warga emas itu keluar dari basnya.
“Dia tidak dapat berjalan dengan baik. Saya tidak boleh membiarkan dia jatuh apatah lagi Tahun Baru Cina semakin hampir,” ujarnya kepada portal itu.
Klip rakaman CCTV itu tersebar di laman sesawang dan rata-rata netizen senang hati dengan perlakuan Zhang.
“Pemandu itu melayan orang tua itu seolah-olah ibu bapanya. Dia sangat baik hati,” tulis individu bernama Zheng.
Maria Ramos memberitahu: “Beginilah cara untuk kita merubah dunia. Dengan satu kebaikan,” tulisnya.
Manakala Shirley Heath pula: “Saya harap penumpang lain memberikan tepukan gemuruh kepadanya.” – MYNEWSHUB.CC
Bantu Warga Emas, Pemandu Bas Buat Netizen Terharu
Reviewed by Azmin
on
December 17, 2016
Rating:
No comments: