SEORANG lelaki melecur teruk pada bahagian belakang badan tong gas memasak meletup di rumahnya di Taman Sumber Alam Santuary, Petra Jaya, Kucing, awal pagi tadi.
Kejadian kira-kira 1 pagi itu, mangsa Mohd Faizol Rupni, 40, mengakibatkan mangsa melecur hampir 65 peratus.
Mangsa kemudiannya dibawa oleh orang awam ke Hospital Umum Sarawak (HUS).
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, seramai 8 anggota bamba dikerahkan ke lokasi kejadian.
Setibanya ke lokasi, pihak bomba bertindak menutup saluran tong gas tersebut dan mengalih tong gas itu keluar dari rumah tersebut.
Sementara itu, menerusi gambar kejadian yang dikongsi netizen menerusi laman sosial, memperlihatkan sebahagian rumah mangsa hancur.
Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil. – MYNEWSHUB.CC
Reviewed by Azmin
on
December 17, 2016
Rating:
No comments: