PUTRAJAYA: Kerajaan akan membatalkan perjanjian dengan syarikat pembekal sistem biometrik jika masih gagal untuk memberikan perkhidmatan mengikut spesifikasi yang diminta.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jabatan Imigresen tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan terbabit dan memberikan tempoh kepada mereka untuk memastikan perkhidmatan mengikut piawaian yang ditetapkan.
"Kita akan batalkan perjanjian kerana kita tidak boleh lagi bertolak ansur dan sudah sampai ke peringkat di tolak hingga ke dinding," katanya pada sidang akhbar selepas Sambutan Hari Imigresen 2016 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan sistem biometrik yang tidak berfungsi dan mengalami masalah di Johor.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan, tempoh yang diberikan kepada syarikat tersebut adalah berdasarkan perjanjian yang telah ditanda tangani sebelum ini.
"Jika benar berlaku kerosakan, terdapat klausa dalam perjanjian, kerajaan boleh membuat tuntutan terhadap pembekal malah mengenakan penalti kepada mereka," tegas beliau. - K! ONLINE
Batal Perjanjian Jika Gagal Ikut Spesifikasi
Reviewed by Unknown
on
December 16, 2016
Rating:
No comments: