Seo Services

CAS Tolak Rayuan Blatter


SEPP Blatter terpaksa menerima hakikat hukuman penggantungan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak kekal enam tahun selepas rayuannya ditolak Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Blatter,80, dari Switzerland adalah presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dari 1998 hingga 2015.

Dia digantung sehingga 2021 ketika usianya mencecah 85 tahun. Malah Blatter juga diarah membayar denda 50,000 Swiss francs (RM220,138) .

Blatter dan bekas Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Mitchel Platini dijatuhkan hukuman pada Disember 2015.
Blatter membuat pembayaran 1.3 juta pound (RM7.4juta) kepada Platini pada 2011.

Kedua-dua mereka membantah dan mendakwa pembayaran itu dibuat kepada Platini bagi tugasnya sebagai perunding kepada Blatter di antara 1999 dan 2002.

Blatter menyifatkan CAS sebagai badan yang 'sukar difahami.

"Saya maklum terhadap keputusan yang dibuat Mahkamah Timbang Tara Sukan.

"Keputusan memang dijangka berdasarkan cara kes ini dijalankan.

"Apa yang saya tidak faham adalah wujudnya persetujuan secara lisan di antara Fifa dan Michel Platini yang sangat jelas walaupun testimoni saya berbeza dengan saksi. Protokol UEFA juga memberitahu bahawa perjanjian ini dikira.

"Tempoh 41 tahum bersama Fifa, banyak pengalaman yang saya lalui. Paling banyak yang dipelajari adalah anda boleh menang dalam sukan, tetapi anda juga boleh kalah.

"Dalam perkara ini, saya perlu menerima keputusan (penggantungan sebagai presiden Fifa) walaupun sukar untuk mengikutnya, kerana ia tidak menggunakan prinsip bidang kuasa iaitu kesalahan perlu dibuktikan oleh pendakwaraya.

"Bagaimanapun, saya imbas kembalj beberapa tahun ini, dan saya menyedari bahawa Fifa hanya membuat keputusan dengan satu baris kenyataan," ujar Blatter dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu jurucakap Fifa berkata : " Fifa telah mengambil perhatian terhadap keputusan yang dibuat CAS ini."

Sebagai rekod, penggantungan Blatter dan Platini telah dikurangkan dari lapan tahun ke enam tahun oleh Fifa Februari lalu.

Pada Mei lalu, Platini telah membawa kes ini ke CAS dan mendapat pengurangan dua tahun sekaligus menjalani penggantungan empat tahun sahaja.

Blatter kemudiannya turut mengikut langkah Platini , namun gagal dalam rayuannya itu dan kekal untuk tempoh enam tahun.

CAS berkata, Blatter telah membuat permintaan supaya hukumannya ditarik balik, bukannya untuk pengurangan walaupun tiga panel menjelaskan bahawa hukuman itu adalah seimbang.
CAS Tolak Rayuan Blatter CAS Tolak Rayuan Blatter Reviewed by Unknown on December 06, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.