Seo Services

China Diselebungi Jerebu Tebal Hari Kelima

China Diselebungi Jerebu Tebal Hari Kelima
BEIJING – Ratusan penerbangan terpaksa dibatalkan manakala pengangkutan darat serta perjalanan kereta api hampir terhenti akibat jarak penglihatan yang terlalu rendah.

Ia susulan kesan akibat jerebu tebal yang melanda teruk kawasan timur laut China untuk hari kelima berturut-turut, menurut laporan media tempatan.

Lebih 20 bandar raya mengisytiharkan tahap berjaga-jaga sejak Jumaat lalu, melaksanakan langkah kecemasan bertujuan mengurangkan pencemaran udara dan melindungi kesihatan penduduk daripada atmosfera toksik.

Di seluruh China, tapak kawasan pembinaan ditutup sementara dan pihak berkuasa mengarahkan pengurangan jumlah kenderaan yang dibenarkan di jalan raya dalam usaha menurunkan jerebu.

Di Shijiazhuang, ibu negeri Hebei, wilayah di utara China, pesawat langsung tidak boleh mendarat atau berlepas.

Paras PM.25 – zarah mikroskopik yang berbahaya kepada kesihatan manusia – meningkat kepada 844 di kawasan itu. Ia 34 kali lebih tinggi daripada yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Di Beijing, bangunan hilang dari penglihatan apabila debu kekuningan itu mengurangkan jarak penglihatan sehingga memaksa pihak berkuasa bandar raya itu menutup beberapa jalan utama kerana masalah keselamatan.

haze1

Sehingga tengah hari semalam, sebanyak 217 penerbangan dibatalkan oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing.

Kereta api juga terpaksa dipandu perlahan.

Kebanyakan jerebu di China dikatakan berpunca daripada pembakaran arang batu untuk tujuan bekalan elektrik.

Permintaan bekalan itu meningkat mendadak pada musim sejuk.

Di media sosial, pengguna menyuarakan kemarahan terhadap keadaan itu.

“Saya sangka Beijing diserang senjata nuklear pagi ini,” tulis seorang pengguna.

“Tekak saya perit. Kulit saya gatal. Kepala saya juga sakit.

“Penduduk Beijing boleh bertahan dan tidak membantah kerana sudah dijinakkan dengan baik oleh pihak berkuasa,” tulis seorang lagi. – REUTERS



China Diselebungi Jerebu Tebal Hari Kelima China Diselebungi Jerebu Tebal Hari Kelima Reviewed by Azmin on December 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.