Seo Services

Lelaki lepas tembakan di Kedutaan AS


ANKARA 20 Dis. – Hanya beberapa jam selepas Duta Rusia ke Turki, Andrei Karlov ditembak mati dalam insiden dramatik di Ankara, seorang lelaki melepaskan lapan hingga sembilan das tembakan ke udara berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini hari ini.

Mail Online melaporkan, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi ini waktu tempatan berhampiran galeri seni yang me­ragut nyawa Karlov.

Menurut portal RT, suspek yang dikenali sebagai ‘Sahir S’ melaungkan kata-kata amaran yang bermaksud ‘Jangan main-main dengan kami’ sebelum ditahan.

Portal tersebut bagaimanapun memberitahu, tidak dipastikan sama ada terdapat orang awam yang cedera akibat tembakan itu.

Suspek yang diberkas bebe­rapa anggota polis yang bergegas ke lokasi kejadian juga dilaporkan tidak mengalami se­-
barang kecederaan.

Beberapa keping gambar disiarkan media menunjukkan suspek diiringi polis selepas ditahan.
Sahir S dianggarkan berusia antara 40 hingga 50-an.

Sebagai langkah keselamatan, kedutaan berkenaan menangguhkan operasi sementara waktu. - UtusanOnline
Lelaki lepas tembakan di Kedutaan AS Lelaki lepas tembakan di Kedutaan AS Reviewed by Azmin on December 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.