Seo Services

Lelaki Myanmar Maut Dihempap Marmar 3 Tan


MELAKA: Lelaki warga Myanmar maut dihempap kepingan marmar ketika sedang memindahkan batuan itu ke dalam kontena di sebuah kedai menjual batu lanskap di Batu Berendam, Melaka Tengah, 10 pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Pegawai Bomba Kanan II K Kalaiselvam berkata, ketika kejadian mangsa berusia 40-an sedang melakukan tugas itu bersama dua lagi rakannya.

"Kami tiba di lokasi pada 10.56 pagi, hasil pemeriksaan pegawai perubatan dari Hospital Melaka mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

"Usaha mengeluarkan mangsa dari bawah kepingan marmar dianggarkan seberat tiga tan itu dilakukan selepas pihak polis selesai melakukan siasatan," katanya.

Beliau berkata, mangsa parah dari bahagian pinggang ke bawah dan operasi mengeluarkan mayat lelaki itu mengambil masa 45 minit.-myMetro
Lelaki Myanmar Maut Dihempap Marmar 3 Tan Lelaki Myanmar Maut Dihempap Marmar 3 Tan Reviewed by Unknown on December 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.