KUCHING : Bidang fotografi bidang yang mampu menjana pendapatan yang tinggi jika dilakukan secara serius.
Hashim atau lebih dikenali sebagai Bani Hashim, 44, bertugas sebagai penjawat awam telah menceburi bidang fotografi sejak tahun 2008.
"Pada mulanya ia sebagai hobi walaupun bertugas merakam gambar ketika melakukan tugas jabatan.
"Sejak itu minat semakin mendalam apabila sering merakam gambar," katanya kepada Sarawakiana.
Menurut beliau, sedikit demi sedikit beliau mempelajari ilmu fotografi sehingga mampu merakam gambar mengikut kesesuaian situasi.
"Bukan mudah untuk menguasai ilmu fotografi kerana ia memerlukan ketekunan, ketelitian dan kesabaran yang tinggi.
"Apabila hasil rakaman gambar mendapat sambutan, saya mula jadikan bidang fotografi sebagai pendapatan sampingan," ujarnya.
Beliau menambah bahawa hasil fotografi akan dijual dipasaran global seperti shutterstock, dreamtime, 123rf dan lain-lain.
"Dari sambutan orang ramai yang membeli dan menghargai hasil kerja membuatkan saya teruskan usaha ini.
"Apa yang paling penting ialah setiap hasil fotografi yang dihasilkan adalah minat saya yang mendalam terhadap keindahan ciptaan yang Maha Esa," jelasnya.-Sarawakiana
Dari Hobi Sehingga Jadi Sumber Pendapatan
Reviewed by Unknown
on
December 01, 2016
Rating:
No comments: