Seo Services

Gadis Sedang Makan Diserang Lima Lelaki Bersenjatakan Kayu



MIRI: Wanita diserang sekumpulan lima lelaki di sebuah kafe di Jalan Yu Seng Utara, di sini, awal semalam.

Dalam kejadian kira-kira 1.45 pagi, mangsa berusia 20-an yang menjamu selera tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, suspek masuk ke kafe berkenaan dengan bersenjatakan kayu.

"Keadaan tegang kira-kira 10 minit dapat dileraikan oleh pengurus dan pekerja kafe dan suspek beredar keluar dari premis berkenaan.

"Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati seorang wanita sebelum memanggil teman lelaki dan suspek untuk menyerang mangsa," katanya.- Harian Metro
Gadis Sedang Makan Diserang Lima Lelaki Bersenjatakan Kayu Gadis Sedang Makan Diserang Lima Lelaki Bersenjatakan Kayu Reviewed by uMieySurianie on December 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.