Seo Services

Pesara Kerajaan Koma Di Turki Mohon Bantuan Kos Perubatan



JOHOR BAHRU: Keluarga seorang pesara kerajaan yang koma dan kini terlantar di sebuah hospital di Ankara, Turki sejak Jumaat lalu memohon bantuan rakyat negara ini bagi menampung kos perubatannya.

Ibu kepada lima anak, Sharipah Saadah Mohamed, 57, yang bercuti bersama suami ke Turki sejak 10 Disember lalu kini terlantar dalam keadaan kritikal di sebuah hospital di negara itu selepas diserang darah tinggi.

Adiknya, Jawahiril Kamaliah, 55, berkata keluarganya memohon bantuan masyarakat di negara ini termasuk Kerajaan Johor, badan berkanun dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menghulurkan bantuan kewangan.

Katanya, mengikut maklumat doktor, Sharipah Saadah yang kini dirawat di hospital daerah Bursa, Ankara terpaksa dipindahkan ke sebuah hospital di Istanbul bagi mendapatkan rawatan susulan yang difahamkan menelan belanja kira-kira RM300,000.

"Saya memohon rakyat di negara ini dapat memberi sumbangan dan membantu keluarga kami mengumpul dana bagi menampung kos rawatan yang tidak mampu kami sediakan.

"Kakak saya yang pergi bersama kumpulan 20 pelancong dari negara ini sepatutnya pulang ke tanah air semalam, tetapi keadaan yang berlaku ini menyebabkan dia dan suaminya masih berada di Turki," katanya pada sidang media di rumah Sharipah Saadah di Taman Skudai Baru di sini, hari ini.

Jawahiril Kamaliah berkata, mana-mana pihak yang sudi menghulurkan bantuan boleh menghubunginya di talian 016-7217312 atau anak sulung Sharipah Saadah, Mohd Reza Harun di talian 013-6049987.- Berita Harian
Pesara Kerajaan Koma Di Turki Mohon Bantuan Kos Perubatan Pesara Kerajaan Koma Di Turki Mohon Bantuan Kos Perubatan Reviewed by uMieySurianie on December 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.