Seo Services

Gagal Tuntut Ganti Rugi, Wanita Rosakkan Telefon Bimbit


SEORANG wanita mengamuk di sebuah kedai telefon bimbit berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan di Guangchang South Road, bandar Nanchang, tenggara China.

Portal QQ.com melaporkan kejadian itu berpunca daripada keengganan pihak premis itu menggantikan telefon bimbit pelanggan wanita itu yang mengalami kerosakan selepas dibelinya 3 bulan lalu.

Menerusi klip bertarikh 12 Disember itu, pelanggan wanita yang tidak diketahui identitinya dilihat memarahi dan menyerang salah seorang kakitangan premis itu yang dikenali sebagai Rao kerana cuba menghalangnya dari terus merosakkan telefon bimbit di ruangan pameran premis tersebut.

Rao yang ketika itu sedang hamil bertindak menjelaskan polisi syarikatnya berkata pelanggan hanya boleh mendapatkan peranti baharu jika barangan yang dibeli mengalami kerosakan dalam masa 15 hari dari tarikh pembelian.

Meskipun mendapat penjelasan daripada Rao, wanita itu masih lagi tidak berpuas hati dan terus memarahinya serta menuntut ganti rugi sehinggalah beberapa orang awam masuk campur untuk menyelesaikan pertengkaran itu.

Malah pelanggan wanita itu juga mendakwa Rao berkasar denggannya namun sebaliknya pula yang kelihatan di CCTV.

Beberapa anggota polis tiba di tempat kejadian dan meleraikan pertengkaran itu.

Tidak dapat dipastikan apa yang berlaku selepas itu kerana laman itu tidak menyatakannya. – MYNEWSHUB.CC



Gagal Tuntut Ganti Rugi, Wanita Rosakkan Telefon Bimbit Gagal Tuntut Ganti Rugi, Wanita Rosakkan Telefon Bimbit Reviewed by Unknown on December 16, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.