Seo Services

Guna Lori Ayam Untuk Seludup Arak


KANOWIT: Seorang lelaki yang menggunakan lori ayam untuk menyeludup sejumlah arak tanpa cukai ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Wayang, di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 12.15 tengah hari itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit menahan seorang lelaki berusia 28 tahun dan merampas 330 kotak arak tanpa cukai.

Ketua Polis Daerah Kanowit, Deputi Superintendan Daniel Benjamin berkata, suspek seorang penternak dan penjual ayam menyembunyikan 150 kotak minuman keras bawah sangkar ayam bagi mengelakkan ditahan polis ketika sekatan jalan.

Menurutnya, polis kemudian mengekori suspek sehingga ke rumahnya dan menemui 180 kotak minum keras yang disimpan dalam sebuah Toyota Innova serta dalam rumah.

"Minuman keras yang dirampas diaggarkan bernilai lebih RM18,000 dan suspek dibawa ke Balai Polis Kanowit untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(e) dan Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967.-myMetro
Guna Lori Ayam Untuk Seludup Arak Guna Lori Ayam Untuk Seludup Arak Reviewed by Unknown on December 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.