Seo Services

Polis Indonesia Temui Bom, Bunuh 3 Suspek Militan


JAKARTA: Polis Indonesia membunuh tiga suspek militan dalam serbuan di pinggir ibu kota negara itu pada Rabu dan menemui beberapa butir bom yang cuba dimatikan.

Jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono, berkata kumpulan itu merancang serangan menjelang Tahun Baru.

Tiga lelaki berkenaan cuba menghalang penangkapan dan melemparkan bahan letupan ke arah polis ketika mereka cuba menyerbu rumah itu, yang terletak di kawasan perumahan kelas pertengahan di Tangerang. Seorang ditahan dalam serbuan itu.

Katanya, polis percaya mereka terbabit dalam rancangan yang dikaitkan dengan beberapa militan ditahan pada 10 Disember lalu di pinggir Jakarta yang merancang serangan bom bunuh diri pada upacara menukar pengawal di istana presiden pada keesokan hari.

Polis mengaitkan rancangan yang gagal itu, di mana seorang wanita bakal menjadi pengebom bunuh diri bersama dengan Bahrun Naim, warga Indonesia yang menyertai Daesh di Syria.

Naim juga dikatakan 'orang kuat' makmal bom yang diserbu bulan lalu di Jawa Barat di mana bahan letupan yang ditemui cukup untuk menghasilkan bom tiga kali lebih berkuasa berbanding yang digunakan dalam pengeboman di Bali pada 2002.

Indonesia melancarkan operasi besar-besaran terhadap militan Islam sejak pengeboman Bali yang mengorbankan 202 orang.

Namun ancaman baru muncul sejak beberapa tahun lalu daripada militan yang beralih menyatakan kesetiaan kepada Daesh dan daripada rekrut baru.

Serangan di Jakarta pada Januari lalu oleh penyokong Daesh membunuh empat orang, termasuk penyerang. - AP
Polis Indonesia Temui Bom, Bunuh 3 Suspek Militan Polis Indonesia Temui Bom, Bunuh 3 Suspek Militan Reviewed by Unknown on December 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.