Seo Services

India Denda Pesawat Buang Najis Ketika Terbang

India Denda Pesawat Buang Najis Ketika Terbang
NEW DELHI – Sebuah mahkamah alam sekitar India memerintahkan syarikat penerbangan yang membuang najis penumpang ketika pesawat berada di angkasa bakal dikenakan hukuman denda.

Panel Tribunal Hijau Nasional dalam penghakimannya di sini hari ini memutuskan, pihak operator penerbangan boleh didenda sebanyak 50,000 rupee (kira-kira RM3,300) atas setiap pesawat yang didapati melakukan kesalahan.

Susulan keputusan itu, pihak berkuasa tempatan diarah untuk memeriksa setiap pesawat yang mendarat di lapangan terbang dan mengeluarkan denda jika didapati tangki kumbahan dalam kapal terbang sebagai kosong.

Langkah tersebut diputuskan ekoan petisyen difailkan seorang penduduk New Delhi, Satwant Singh Dahiya pada Oktober lalu yang mendakwa banyak rumah di kawasan kejiranannya dipenuhi najis dibuang daripada pesawat.

“Kami mendapati setiap dinding dan lantai kediaman kami dicemari gumpalan besar sisa buangan manusia daripada kapal terbang yang mahu mendarat di lapangan terbang Palam pada waktu malam,” kata pengadu itu.

Satwan yang dipetik akhbar tempatan Deccan Chronicle mendakwa, beliau terpaksa membelanjakan 50,000 rupee bagi membaik pulih kediaman termasuk mengecat semula kotoran yang terpalit di sekitar rumahnya selama ini.

Pada Disember tahun lalu, seorang wanita berusia 60 tahun patah bahunya selepas mangsa dihempap longgokan najis yang jatuh daripada sebuah pesawat sebelum mendarat di lapangan terbang, lapor harian Times of India.

Pihak tribunal itu turut mengarahkan badan kawal selia keselamatan penerbangan awam untuk membuka talian kecemasan bagi menerima aduan penduduk yang menyaksikan kumbahan dibuang daripada pesawat di angkasa.

Lazimnya, najis penumpang disimpan dalam tangki khas pesawat yang perlu dikosongkan apabila tiba di sesebuah lapangan terbang, namun ada juga kes kebocoran kumbahan disebabkan isu teknikal. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
India Denda Pesawat Buang Najis Ketika Terbang India Denda Pesawat Buang Najis Ketika Terbang Reviewed by Azmin on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.