MUKAH : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Dato' Dr Juanda Jaya mengingatkan pihak Felcra Berhad (FELCRA) agar tidak mengambil kesempatan terhadap penduduk di kawasannya meskipun selama ini mereka dilihat berdiam diri.
Justeru beliau menggesa agar FELCRA bertindak menyegerakan semakan semula pemberian dividen yang tidak berpatutan kepada peserta FELCRA di kawasan Jemoreng.
Justeru beliau menggesa agar FELCRA bertindak menyegerakan semakan semula pemberian dividen yang tidak berpatutan kepada peserta FELCRA di kawasan Jemoreng.
"Rakyat kawasan tidak berpuas hati apabila jumlah dividen untuk seekar tanah cuma dalam jumlah RM90 setahun.
"Ia sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak berbaloi bagi peserta tuan punya tanah walhal harga minyak kelapa sawit stabil di pasaran dan FELCRA tidak sepatutnya hanya memberi alasan disebabkan kos perbelanjaan pengurusan yang tinggi," katanya dipetik Utusan Borneo semalam.
Menurut beliau, jika FELCRA baru wujud setahun dua munkin alasan kos pengurusan masih boleh diterima peserta tetapi projek tersebut sudah berlaku begitu lama sejak awal FELCRA terlibat.
"Jika kawasan lain sudah membuat halangan 'Blockade' tetapi di sini penduduk masih mahukan penyelesaian secara baik.
"Satu lagi perkara yang perlu FELCRA lakukan ialah memberi sumbangan balik kepada komuniti setempat melalui aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR)," ujarnya.
Tambah Juanda, beliau tidak mengira sumbangan tersebut ke arah keagamaan dan pendidikan setempat serta mengingatkan 18 syarikat perladangan lain turut melakukan perkara yang sama.-Sarawakiana
Jangan Ambil Kesempatan Ke Atas Penduduk, Kata Juanda
Reviewed by Unknown
on
December 06, 2016
Rating:
No comments: