Seo Services

Kajian HPT di empat kawasan kerap kemalangan

TUNJUK: Lee (kiri) ditemani Agnes (dua kanan) menunjukkan penggunaan topi keledar betul dan sesuai untuk diguna bagi penunggang dan pembonceng motosikal mengoptimumkan keselamatan mereka di jalan raya.
KUCHING: Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Sarawak menggunakan kaedah kajian dilaksana pasukan ‘High Performance Team (HPT) on Road Safety’ bagi mengurangkan kekerapan berlaku kemalangan di empat jalan utama yang telah dikenal pasti.

Menteri Muda Pengangkutan Darat, Udara dan Keselamatan, Datuk Lee Kim Shin berkata jalan tersebut adalah Jalan Matang-Padawan (Batu 4 hingga Batu 10), Jalan Airport/Miri, Jalan Bakun/Murum dan Jalan Tanjung Kidurong di Bintulu.

“Dalam kempen ini, kita mengesan empat jalan raya di Sarawak mengikut rekod terdapat banyak pengguna melaluinya dikesan HPT sebagai ‘hot spot’ kemalangan.

“Tetapi kemalangan mengikut kajian dilakukan HPT, 70 peratus kemalangan disebab kelalaian dan kecuaian manusia manakala 30 peratus lagi disebab masalah kenderaan (tayar, enjin) atau jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya HPT on Road Safety dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Hari Krismas Peringkat Negeri Sarawak di Matang semalam.

Beliau mengingatkan pengguna lebih berhati-hati dan mematuhi peraturan termasuk undang-undang jalan raya kerana keselamatan diri dan keluarga tanggungjawab bersama bukan kerajaan sahaja.

Lee menegaskan bahawa pemandu kereta misalnya perlu menggunakan tali pinggang keledar selain penumpang duduk tempat duduk belakang juga diwajib menturutinya.

“Jangan pula pemandu menggunakan tali pinggang keledar apabila melihat polis atau JPJ di hadapan. Ini keselamatan sendiri bukan untuk polis atau JPJ.

“Kita mahu budaya selamat ini disemai dalam kalangan rakyat selain mengadakan porgram pendidikan peringkat menengah dan rendah memberi kesedaran keselamatan jalan raya kepada pelajar,” tegasnya.

Beliau juga Timbalan Pengerusi MKJR Sarawak, berkata bilangan pengguna jalan raya hari ini semakin bertambah namun keselamatan penting mengelak berlakunya kemalangan kerana ia merupakan suatu kerugian kepada mereka yang terlibat, keluarga dan negara.

Justeru sempena sambutan Hari Krismas, diingatkan agar pengguna lebih menitikberatkan keselamatan diri, dan pemandu jarak jauh dari Kuching ke Miri misalnya untuk membuat pemeriksaan terhadap enjin dan badan kenderaan terlebih dahulu

Mengikut kajian Malaysian Institute of Road Safety dinasihat untuk pemanduan jauh untuk membawa pemandu yang lain bagi menukar setiap kali tiga jam perjalanan, tanbahnya.

Pemandu turut dilarang mengambil minuman keras sewaktu memandu dan mematuhi peraturan pada setiap masa pemanduan.

Perangkaan jumlah kemalangan bagi tahun 2015 hingga 2016 (Januari hingga November) menunjukkan kategori kemalangan rosak diantara Januari hingga November 2015, adalah 16,586 kes dan dalam tempoh yang sama bagi tahun ini sebanyak 17, 543 kes.

Ia jelas menunjukkan peningkatan kes kepada 957 kes atau 5.7 peratus, ujarnya.

Sementara itu untuk tempoh yang sama, bagi kemalangan ringan dicatatkan 261 kes berbanding tempoh yang sama pada 2015 sebanyak 274 kes.

Kemalangan parah pula menurun dari 172 kes pada 2015 kepada 158 kes pada tahun ini.

Kes kemalangan maut, 359 kes pada 2015 manakala 353 pada 2016 menunjukkan pengurangan sebanyak 1.7 peratus dengan jumlah kematian adalah 397 peningkatan satu kes daripada 396 kes dalam tempoh yang sama pada 2015.

Turut hadir sama adalah Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Davina Agnes Enteli. - UB
Kajian HPT di empat kawasan kerap kemalangan Kajian HPT di empat kawasan kerap kemalangan Reviewed by Azmin on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.