Seo Services

Warga Tunisia Suspek Utama Penyerang Di Pasar Krismas


BERLIN: Pendakwa Raya Jerman menamakan warga Tunisia, Anis Amri, 24, sebagai suspek utama serangan trak di pasar Krismas di sini yang mengorbankan 12 orang dan mencederakan 48 lagi pada Isnin.

Berikutan itu, pejabat pendakwa raya menawarkan ganjaran mencecah 100,000 euro (RM466,000) kepada maklumat yang membawa kepada penangkapannya.

Usaha sedang giat dijalankan bagi memburu Amri yang disifatkan bersenjata dan berbahaya.

“Anis Amri mempunyai ketinggian 178 sentimeter dan berat 75 kilogram, berambut hitam dan mata coklat,” menurut kenyataan Pejabat Pendakwa Raya Persekutuan (GBA).

Polis menyerbu dua pangsapuri di kawasan kejiranan Kreuzberg di bandar raya itu tetapi gagal mengesan Amri. Penyiasat memberitahu akhbar Die Welt, mereka percaya dia berada dalam salah satu pangsapuri sebelum ketibaan pihak berkuasa.

Pihak berkuasa Jerman memberitahu Amri berada dalam pemerhatian secara rahsia selama beberapa bulan tahun ini berikutan maklumat diterima daripada agensi keselamatan persekutuan.

Maklumat mengesyaki Amri merancang rompakan dalam usaha membiaya dana senjata yang digunakan dalam serangan.

Pemerhatian mendapati beliau juga terbabit dalam urusan jual beli dadah di taman di Berlin dan pernah bergaduh di bar tetapi tiada kaitan dengan serangan itu.

Pengawasan ke atasnya ditamatkan pada September. Sementara itu, bercakap kepada radio Tunisia, bapa Amri berkata dia meninggalkan negaranya tujuh tahun lalu sebagai pendatang tanpa izin dan merengkok dalam penjara di Itali atas tuduhan membakar sekolah.

Amri juga disyaki terbabit dalam rompakan ganas di Tunisia, menurut bapanya, yang juga disoal siasat berhubung kemungkinan anaknya ada kaitan dengan pergerakan Daesh. – Agensi/BH ONLINE
Warga Tunisia Suspek Utama Penyerang Di Pasar Krismas Warga Tunisia Suspek Utama Penyerang Di Pasar Krismas Reviewed by Unknown on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.