Seo Services

Lapor, Jika Harga Barang Kawalan Dinaiikan


SIBU: Pengguna digesa melaporkan sebarang aktiviti tidak beretika peniaga yang menaikkan harga barangan kawalan sempena sambutan Krismas tahun ini.

Ketua Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sibu Kasim Mana berkata, pengguna juga perlu bertindak sebagai mata dan telinga kepada kementerian.

“Kerjasama ini perlu agar peniaga tidak mengambil kesempatan dan pada masa sama pengguna sendiri yang akan menjadi mangsa,” ujarnya kepada pemberita.

Skim Kawalan Harga Krismas 2016 kali ini melibatkan 17 barang yang berkuat kuasa dari 19 hingga 28 Disember ini.

Barangan kawalan ini ialah ayam hidup (RM6.70/kg), ayam standard (RM8.50/kg), ayam super (RM9.50/kg), ayam tua hidup (RM6.70/kg), ayam belanda import (RM32/kg), sayap ayam (RM12/kg), biri-biri import (RM25/kg), biri-biri import (kaki) (RM40/kg), telur Gred A (RM0.37 sebiji), Gred B (RM0.36 sebiji), Gred C (RM0.35 sebiji), tomato (RM7/kg), lada bangala (RM13/kg), daging babi (perut) (RM19/kg) dan daging babi (daging dan lemak) (RM18/kg).

Kasim juga mengingatkan peniaga agar mempamerkan tanda harga merah jambu bagi kesemua barangan kawalan tersebut bagi memudahkan pengguna membuat perbandingan.

Beliau juga memberitahu, tindakan tegas boleh diambil di bawah Akta Kawalan harga dan Antipencatutan 2011 terhadap peniaga yang engkar.

“Peniaga juga perlu menggunakan alat timbang dan sukat yang sah, yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa,” jelasnya.

Sementara itu, Timbalannya, Ganda Jirap bersama pegawai penguat kuasa KPDNKK telah membuat pemeriksaan di Pasar Sentral Sibu bagi memastikan peniaga mematuhi skim kawalan harga yang telah ditetapkan.-UB
Lapor, Jika Harga Barang Kawalan Dinaiikan Lapor, Jika Harga Barang Kawalan Dinaiikan Reviewed by Unknown on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.