SEORANG lelaki pedofil berusia 101 tahun berhadapan dengan hukuman penjara apabila didapati bersalah dalam beberapa sabitan kes pencabulan kanak-kanak.
Bekas Pemandu Lori, Ralph Clarke tidak memperlihatkan sebarang emosi apabila disabit 21 kesalahan seksual melibatkan pencabulan ke atas dua gadis dan seorang remaja lelaki antara tahun 1974 dan 1983.
Pendakwa Raya, Claire Nicholls memberitahu lelaki berkenaan menggunakan elemen ‘takut dan ancaman’ bagi mengawal para mangsa.
“Dia telah mengambil kesempatan sepenuhnya atas situasi dan usia muda mereka untuk melakukan kesalahan. Untuk lebih 40 tahun Clarke beranggapan dia telah terlepas dari perbuatan jenayahnya. Namun, keberanian pada mangsa membolehkan dia dibawa ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan.
Clarke, dipercayai banduan tertua di Britain melakukan kesalahan seks berkenaan di rumah, taman dan lori miliknya, mahkamah di Birmingham diberitahu.
Ketika perbicaraan, dia mengaku salah atas 9 dakwaan melibatkan seorang remaja lelaki dan berkata ia adalah ‘sesuatu yang berlaku’ pada masa silam.
Para juri mengambil masa 2 hari untuk mengumumkan keputusan mereka.
Britain tidak mempunyai sebarang had masa untuk pendakwaan kes berkaitan seks dan Hakim Richard Bond memberitahu, beliau sedang meneliti untuk menjatuhkan hukuman penjara dalam tempoh 2 digit (lebih 10 tahun) kepada pesalah terbabit.
“Masyarakat akan ketakutan andai saya tidak menghantarnya ke penjara,” kata Bond yang bakal memperdengarkan hukuman pada Isnin ini. – MYNEWSHUB.CC
Lelaki Pedofil Didapati Bersalah Pada Usia 101 Tahun
Reviewed by Azmin
on
December 17, 2016
Rating:
No comments: