Seo Services

MRT Kurangkan Kesesakan, Kemalangan – NIOSH

2016: 'Rel' Ejen Tranformasi Pengangkutan Awam
KUALA LUMPUR – Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) yakin pelaksanaan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) fasa pertama bermula semalam akan dapat mengurangkan masalah kesesakan trafik di negara ini.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pihaknya juga yakin pelaksanaan sepenuhnya MRT kelak mampu mengurangkan kemalangan jalan raya terutama yang berlaku ketika perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja.

“Media melaporklan 27,900 kemalangan jalan raya berlaku ketika perjalanan pulang dan balik dari tempat kerja pada tahun lepas. Secara purata, tiga orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya setiap hari di Malaysia dan dua daripadanya melibatkan perjalanan pergi atau pulang dari tempat kerja.

“Perkara ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai kerana kebanyakan kemalangan itu berlaku dalam lingkungan 5 kilometer daripada tempat kerja mangsa.

“Lebih menyedihkan, hampir 70 peratus kemalangan tersebut melibatkan mereka yang bekerja syif pagi dan mungkin mereka ini mengejar masa atau menjadi mangsa keadaan cuaca yang tidak baik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, kata Lam Thye, usaha kerajaan untuk memperkenalkan pengangkutan awam yang moden dan cekap perlu disokong semua pihak kerana ia mampu mengurangkan kemalangan jalan raya terutama ketika perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja.

Beliau dalam pada itu menyarankan supaya tempat khas untuk basikal juga perlu diperbanyakkan bagi menggalakkan orang ramai menaiki basikal ke stesen MRT berdekatan.

“Adalah diharapkan pengangkutan awam menjadi pilihan utama rakyat daripada pelbagai lapisan- termasuk golongan pekerja, ahli perniagaan, kakitangan awam dan juga para pemimpin,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
MRT Kurangkan Kesesakan, Kemalangan – NIOSH MRT Kurangkan Kesesakan, Kemalangan – NIOSH Reviewed by Azmin on December 17, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.