Seo Services

Malaysia Ambil Maklum Laporan Awal MH370


PUTRAJAYA: Malaysia mengambil maklum pengumuman laporan semakan awal mengenai MH370 atau 'First Principles Review Report on MH370' oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata walaupun laporan itu merangkumi analisis menyeluruh mengenai usaha pencarian MH370, ia hanya sekadar panduan bagaimana ia dapat membantu usaha pencarian lokasi spesifik pesawat berkenaan.

"Kerajaan Australia, Malaysia dan China, ketika Mesyuarat Tiga Hala Peringkat Menteri pada Julai lalu bersetuju mempertimbangkan langkah seterusnya jika ada maklumat baharu yang boleh dipercayai bagi mengenal pasti lokasi MH370.

"Saya ingin tegaskan bahawa kita tidak putus asa dalam aspirasi untuk mencari MH370 dan setiap keputusan yang dibuat sentiasa mengambil kira semangat kerjasama dalam kalangan tiga negara terbabit.

"Doa dan ingatan kami sentiasa bersama keluarga dan orang kesayangan penumpang serta kru MH370," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.BH
Malaysia Ambil Maklum Laporan Awal MH370 Malaysia Ambil Maklum Laporan Awal MH370  Reviewed by Unknown on December 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.