Seo Services

Pemandu Langgar Lari Di Bako Serah Diri


KUCHING: Polis berjaya menyelesaikan kes langgar lari seorang remaja berusia 18 tahun yang ‘tular’ di media sosial sejak semalam berikutan seorang pemandu lori yang dipercayai saksi utama dalam kes tersebut tampil menyerah diri.


Pemangku Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Sarawak, ASP Matthew Manggi berkata suspek seorang lelaki rakyat tempatan berusia 44 tahun tampil menyerah diri di Balai Polis Kuching malam tadi.

“Suspek berkenaan dikesan sejak semalam selepas merempuh seorang remaja bermotorsikal berhampiran bulatan Medan Hamidah semalam sehingga mengakibatkan kematian.

Kes akan disiasat dibawah seksyen 41(1), akta pengangkutan jalan 1987”, katanya.-Sarawakiana
Pemandu Langgar Lari Di Bako Serah Diri Pemandu Langgar Lari Di Bako Serah Diri Reviewed by Unknown on December 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.