KURANG dua minggu lagi sebelum memasuki tahun baru, orang ramai nampaknya mengambil peluang yang ada untuk menukar kad debit ATM yang lama kepada kad baru.
Boleh dikatakan setiap cawangan bank di seluruh negara penuh sesak dengan orang ramai yang beratur panjang.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi pengalaman dirinya berurusan dengan bank CIMB cawangan Sentul Raya bagi menukarkan kad debit seperti yang disarankan.
Namun, lain pula yang terjadi apabila kad pengenalan miliknya itu telah dipotong secara tak sengaja!
Menurut Shobna Veeramohan, staf bank yang berurusan denganya terpotong kad pengenalan miliknya semasa sedang leka berborak dengan rakan sekerja. Sepatutnya kad debit yang lama dipotong bukannya kad pengenalan.
Apabila ditanya bagaimana insiden itu boleh berlaku, jawapan yang diberikan oleh pegawai bank itu cukup mudah iaitu mengakui terpotong dan meminta dia pergi tukar nanti.
“Oh ya I terpotong you punya IC, eh sorry, you boleh tukar IC you dan I akan bayar. Ala, RM10 je. You buat dulu nanti claim dekat I,” ujar pegawai bank berkenaan kepadanya.
Insiden itu lantas membuatkan Shobna mempersoalkan sikap ambil mudah pegawai bank berkenaan yang menyebabkan dia terpaksa kerugian masa untuk ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menggantikan kad pengenalan yang telah rosak.
Dalam pada itu, aduan wanita ini turut mendapat perhatian daripada CIMB yang memohon maaf dan memintanya memberikan butir peribadi agar masalah tersebut dapat diselesaikan secara baik. – MYNEWSHUB.CC
‘Oh I terpotong You Punya IC, Eh Sorry’ – Pegawai Bank
Reviewed by Azmin
on
December 20, 2016
Rating:
No comments: