Seo Services

Pakar Percaya MH370 Tidak Berada Di zon Pencarian




AUSTRALIA - Pakar yakin bahawa pesawat MH370 yang hilang pada Mac 2014 lalu tidak berada dalam zon carian semasa di Lautan Hindi tetapi ia mungkin lebih jauh ke utara lapor AFP.

Tiada kesan pesawat ditemui di dasar laut setelah pencarian secara besar-besaran dilakukan sejak hampir tiga tahun lalu membuatkan pakar-pakar dari Australia dan antarabangsa termasuklah Boeing dan Inmarsat bertemu di Canberra untuk mengkaji semula bukti-bukti.

Seterusnya, menurut laporan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang mengetuai misi ini membuat kesimpulan bahawa pesawat itu tidak berada di kawasan yang dicari.

“Kami sangat yakin bahawa kawasan bawah laut yang sebelum ini dikenal pasti sebagai kawasan zon carian pesawat ini adalah salah,” katanya.

Bagaimanapun, sehingga kini sudah hampir 20 keping serpihan pesawat ditemui kebanyakannya di bahagian barat pantai lautan Hindi, dikenal pasti berasal dari kapal terbang yang hilang sewaktu dalam perjalanan menuju ke Beijing pada 8 Mac 2014 dan turut membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Tambahnya lagi, kawasan zon carian ini pada mulanya adalah berdasarkan analisis satelit trajektori pesawat tersebut selepas ia terpesong dari laluan penerbangan ditambah dengan data meteorologi dan dinamik kapal terbang tersebut.

Selain itu, melalui laporan itu juga turut mengemukakan bukti kukuh bahawa pesawat itu mungkin berada di sebelah utara kawasan dasar laut dengan keluasan kira-kira 25 ribu kilometer persegi.

“Pakar-pakar juga membuat kesimpulan bahawa jika kawasan ini diperiksa untuk mencari pesawat ini hanya dengan berdasarkan analisis yang ada kini, ia amatlah memenatkan,” katanya lagi.

Pihak ATSB berkata bahawa berdasarkan protokol antarabangsa ia kini terpulang kepada Malaysia untuk menetapkan apa yang berlaku seterusnya. - SH
Pakar Percaya MH370 Tidak Berada Di zon Pencarian Pakar Percaya MH370 Tidak Berada Di zon Pencarian Reviewed by uMieySurianie on December 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.