Seo Services

38,000 Sukarelawan Pertahanan Awam Bersedia Hadapi Bencana


KUCHING: Seramai 38,000 sukarelawan Pertahanan Awam bersedia untuk dikerahkan pada bila-bila masa sekiranya berlaku sebarang bencana alam termasuk banjir di seluruh negara.

Pemangku Ketua Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pesuruhjaya (PA) Dato Selamat Dahalan berkata, sekiranya berlaku bencana besar sukarelawan tersebut akan ditempatkan di lokasi-lokasi bencana.

Malah menurutnya, kerajaan mensasarkan 2 juta orang mendaftar sebagai sukarelawan Pertahanan Awam di seluruh negara pada tahun depan dengan bilangan berdaftar setakat ini 1.2 juta orang.

"Jika berlaku bencana kita akan aktifkan 38,000 sukarelawan ini dalam tempoh 24 jam dan mereka bersedia pada bila-bila masa," katanya pada sidang media selepas Majlis Hi Tea Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Sarawak di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah APM Sarawak, Kol. (PA) Mokhtar Samat berkata, di Sarawak pula terdapat 42,000 orang yang berdaftar sebagai sukarelawan.

"Daripada jumlah ini, 3,000 orang bersedia untuk ditempatkan di lokasi bencana pada bila-bila masa," ujarnya.

Beliau berkata, pendaftaran untuk menjadi sukarelawan yang dibuat secara atas talian membolehkan lebih ramai orang awam terlibat membantu mangsa bencana.-Sarawakiana

38,000 Sukarelawan Pertahanan Awam Bersedia Hadapi Bencana 38,000 Sukarelawan Pertahanan Awam Bersedia Hadapi Bencana Reviewed by Unknown on December 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.